Friday, 12 June 2015
Monday, 8 June 2015
#Syria #Palestine - Calling All Believers ᴴᴰ ┇ Powerful Speech ┇ The Dai...
Do you know whats harder than looking at pictures of Muslims around the world suffering? ...It's thinking of what action are we going to take to let Allah know that we haven't ignored their cries.
For it feels like we have literally came to the point where no matter what we see - we are unaffected and most likely not going to respond. And as much as it kills me to say this - it's no surprise. For Muhammad (pbuh) warned us of a time that will come when nations will call one another to invade us, the same way they would call one another to a plate of food.
Why did Muhammad (pbuh) compare us to food?!! Because food is lifeless. It doesn't respond when you eat it. No matter how much of the plate you were to eat - it would never fight back nor respond. And this is exactly what we have become. My self first and foremost.
We have become large in number but weak in nature. We have fell in love with this world and neglected the pursuit of the here after. We left Allah, so Allah is waiting for us to return to Him. Waiting for us to leave our sins and run back to His path.
I'm very sorry if this message is harsh. But I want everyone to know that this is the only hope we have to achieving victory. I urge everyone to please SHARE this video. It is a strong reminder.
Let us all change together, leave the love for this world before it leaves us all behind. May Allah make us all steadfast. Amen.
What has come to this world? Is there any hope? The Muslims are being eaten like food all across the globe and the Muslims haven't even responded - Will we ever respond? This is no surprise as the hadith of Muhammad (pbuh) foretold that the Muslims will become like food... YES FOOD!! How will we become like food? We will become a nation that has no resistance. There is no red line. No matter what others will do to us, they will eat us however they like and we will never respond or fight back. Oh Muslims, we must stand up. We have one last and final hope - and this is to turn to Allah's way and defend our honour. Calling all believers to stand up!"
Video Courtesy of: lebo2196
lebo2196 YT Channel: http://www.youtube.com/user/lebo2196
lebo2196 Website: http://www.talkislam.com.au
lebo2196 on FB: http://www.facebook.com/talkislam
lebo2196 on Twitter: twitter @talkislam1
Pencabulan Hak Asasi Rakyat Palestin
Operasi Ketenteraan Yahudi Di Bumi Palestin – Suatu Perspektif Perundangan Antarabangsa
Oleh: Mohd Sohibul Kahfi Bin Hussin
Pen. Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar & Penyelidikan
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman di dalam Kitab-Nya yang Suci:-
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”. (Surah Al-Baqarah : 120)
Pencerobohan, kekacauan serta pertumpahan darah yang dilakukan oleh pihak Rejim Zionis Yahudi sudah tidak dapat disangkal bahkan semakin menjadi-jadi dewasa ini. Bukan satu perkara yang luar biasa kerana hal ini telah dikhabarkan sedari zaman Al-Quran diwahyukan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad (s.a.w.). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya, Allah telah memberi amaran yang keras di dalam ayat ini supaya umat Islam tidak mengikut ajaran dan cara hidup Yahudi atau Kristian yang bercanggah dengan ajaran Islam yang murni lagi suci. Walaupun ayat ini ditujukan khas kepada Nabi kita Muhammad (s.a.w.) tetapi larangan tersebut adalah terpakai juga ke atas seluruh umat Islam secara amnya.
Tentera Rejim Zionis telah melakukan operasi ketenteraan ke atas ribuan penduduk awam Palestin setelah gagalnya perjanjian gencatan senjata yang dimeterai oleh Hamas dan Israel tanggal 19 Jun 2008 lalu. Operasi ketenteraan ini mendapat sokongan padu dari sekutu kuat Israel, iaitu Amerika Syarikat, walaupun pada dasarnya tindakan ini secara terang-terangan telah menafikan hak-hak asasi manusia penduduk bumi Palestin. Hal yang demikian akan dikupas dengan lebih lanjut dan mendalam menurut perspektif dan sudut perundangan antarabangsa yang berdasarkan kepada jenis-jenis hak asasi manusia, penggunaan kuasa tentera dan pencabulan hak-hak asasi yang dilakukan oleh Rejim Zionis Yahudi terhadap penduduk Palestin.
Secara amnya, jenis-jenis hak asasi manusia boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, hak-hak sivil dan politik umpamanya kebebasan bersuara dan mengutarakan pendapat, hak untuk mengadakan perhimpunan secara aman , kebebasan dari penindasan , kebebasan dari penahanan secara haram , hak untuk dibicarakan dengan adil dan sebagainya.
Kedua, hak-hak berkaitan ekonomi, sosial dan budaya seperti hak untuk mendapat pekerjaan , hak untuk mendapat pendidikan dan hak untuk mendapatkan khidmat perubatan . Ketiga, hak-hak berkaitan orang awam yang boleh didefinasikan sebagai hak-hak yang bersifat kolektif selain daripada hak-hak bersifat individu sebagai contoh hak memperoleh pembangunan.
Dalam memperkatakan tentang hal hak asasi manusia, umum mengetahui bahawa negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain adalah merupakan peneraju utamanya. Namun, suasana global hari ini telah membuktikan bahawa mereka mengamalkan hak asasi secara berat sebelah. Pencabulan besar-besaran hak asasi penduduk Palestin dipandang enteng. Tempat awam dibom dan dimusnahkan. Manakala golongan wanita dan kanak-kanak Islam pula dibunuh tanpa belas kasihan. Tambah menyedihkan, jalan-jalan masuk untuk menghantar bantuan bekalan makanan dan perubatan disekat. Ini menunjukkan bagaimana Amerika Syarikat yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia secara terang-terangan menyokong tindakan sekutunya menafikan hak asasi rakyat Palestin.
Dari sudut yang lain pula, Rejim Zionis telah memberikan justifikasi penggunaan kuasa tentera mereka berdasarkan tindakan mempertahankan diri. Hal ini timbul rentetan dakwaan mereka bahawa wilayah selatan regim tersebut sering menjadi mangsa hujanan roket Hamas. Persoalan utamanya, adakah tindakan rejim ini dalam mempertahankan wilayahnya merupakan suatu yang perlu dan bersekadar patut (necessary and proportionate) dalam istilah perundangan?
Apakah maksud bagi terma pertahanan diri? Tindakan mempertahankan diri boleh didefinasikan sebagai suatu penggunaan kuasa tentera yang menepati terma dan syarat yang dinyatakan di dalam undang-undang antarabangsa sebagai tindak balas kepada penggunaan kuasa tentera oleh negara asing yang tidak dibenarkan oleh undang-undang sama. Perkara 51 Piagam Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan bahawa ahli-ahlinya mempunyai hak mempertahankan diri sama ada bersendirian atau secara kolektif sekiranya negara asing melakukan serangan bersenjata ke atas negara tersebut.
Dalam menjelaskan hak yang diperuntukkan oleh piagam tersebut, penulis ingin merujuk kepada Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di dalam Kes Nicaragua yang mengiktiraf hak mempertahankan diri sesebuah negara jika dilaksanakan mengikut keperluan dan bersekadar patut sahaja. Walaupun begitu, serangan demi serangan yang dilakukan oleh tentera rejim kebanyakannya mensasarkan kawasan kejiranan Palestin yang padat dengan penduduk awam, sekolah serta bangunan kerajaan.
Tindakan yang dikatakan berasaskan mempertahankan diri ini sama sekali tidak dapat diterima akal kerana menurut Konvensyen Geneva , serangan yang disasarkan terhadap orang awam adalah dilarang. Justeru itu, penggunaan kuasa tentera rejim bukanlah suatu tindakan yang berasaskan undang-undang antarabangsa bahkan merupakan satu bentuk penggunaan kuasa tentera secara berlebihan.
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama tentera rejim zionis bertindak kejam dengan menyerang kawasan padatan penduduk. Pada 7 Jun 1981, kapal perang tentera rejim telah memusnahkan reaktor nuklear milik Iraq yang terletak berdekatan Baghdad hingga menyebabkan banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa penduduk awam.
Setelah diteliti, reaktor tersebut hanya digunakan untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan sebaliknya bukan untuk tujuan membuat senjata. Tentera rejim mendakwa serangan tersebut adalah suatu langkah pertahanan diri jangkaan (anticipatory self-defence). Amerika Syarikat juga menggunakan alasan persis diberikan oleh sekutunya ini ketika melancarkan operasi penaklukan Iraq secara haram pada tahun 2003. Kedua-dua tindakan ini dikutuk serta mendapat kecaman hebat masyarakat antarabangsa.
Kesimpulannya, penggunaan kuasa tentera secara berlebihan oleh rejim zionis terhadap penduduk awam Palestin adalah merupakan satu pencabulan bukan sahaja terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu malah mencabuli hak-hak asasi penduduk Palestin. Dari sudut kaca mata perundangan antarabangsa, mereka yang terlibat dalam kekejaman dan kezaliman ini patut dihadapkan ke muka pengadilan Mahkamah Antarabangsa dan dihukum sebagaimana hukuman ke atas penjenayah perang.
sumber: esyariah

Sunday, 7 June 2015
Komen Mengenai Lagu Freedom
Lagu ini mengisahkan perjuangan menuntut pembebasan dari tangan yang zalim.
Masyarakat yang dahulunya sering ditindas berganding bahu diatas satu matlamat.
Ingin menuntut tanah mereka yang telah dijajahi oleh penzalim dan pendusta.
Dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada Allah yang sentiasa berpihak kepada mereka yang dianiaya.
Masyarakat yang sentiasa berdoa kepada Allah agar kebebasan itu milik mereka.
Kebebasan dari pihak yang mengambil kesempatan dan menindas saudara-mara mereka.
Kebebasan untuk berjalan ditanah sendiri tanpa diiringi perasaan takut atau terkongkong.
Dan pada ketika perjuangan itu paling kritikal, mereka miliki semuanya, perpaduan, kekuatan dan berkat doa kepada Allah Yang Maha Esa.

Lirik Bahasa Melayu Freedom Maher Zain
Berkumpul di sini bersama keluarga
Jiran dan rakan-rakan saya
Berdiri teguh bersama-sama
Menentang penindasan dan berpegangan tangan
Tidak kira di mana anda daripada
Atau jika anda masih muda, tua, lelaki atau wanita
Kami di sini untuk diatas sebab yang sama
Kami ingin mengambil kembali tanah kami
KORUS:
Ya Allah,
terima kasih kerana memberikan kami kekuatan
untuk meneruskan perjuangan
Dan sekarang kita berada di sini bersama-sama
Memanggil Mu untuk kebebasan, kebebasan
Kami tahu hanya Engkau boleh mendengar panggilan kami, oh
Kami menyeru kebebasan, berjuang untuk kebebasan
Kami tahu Engkau tidak akan membiarkan kami jatuh, oh
Kami tahu Engkau di sini bersama kami
Tidak lagi menjadi tahanan dirumah kami sendiri
Tidak lagi berasa takut untuk bercakap
Impian kami adalah hanya untuk bebas, hanya untuk bebas
Sekarang apabila kami telah mengambil langkah pertama kami
Ke arah kehidupan kebebasan yang penuh
Kami dapat melihat impian kami semakin dekat dan dekat
Kami hampir selesai
KORUS
Saya dapat merasakan kebanggaan di persekitaran
Dan ia membuatkan saya kuat untuk melihat semua orang
Berdiri bersama-sama berpegangan tangan dalam perpaduan
Menjerit dengan kuat menuntut hak mereka untuk kebebasan
Inilah dia, dan kami tidak berundur!
Ya Allah kami tahu
Engkau mendengar panggilan kami

Sunday, 15 March 2015
Maher Zain - Freedom ماهر زين - الحرية
Lyrics, Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti
Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together
Against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, woman or man
We're here for the same reason
We want to take back our land
CHORUS:
O God, thank You For giving us the strength to hold on
And now we're here together
Calling You for freedom, freedom
We know You can hear our call, oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know You won't let us fall, oh
We know You're here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taken our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer
We're almost there
CHORUS
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom
This is it, and we're not backing off!
O God we know
You hear our call
CHORUS
Freedom, freedom, freedom, ooh
Subscribe to:
Comments (Atom)